Thursday, February 9, 2012

Erti Kemerdekaan oleh A. Samad Said




1. Apakah nilai yang ingin disampaikan melalui penyajak tersebut?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Tuesday, February 7, 2012

Latihan 5- SOALAN BEBAS

Karangan Jenis Biografi

Soalan

Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

Latihan 4- SOALAN BERPANDUKAN GAMBAR

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Thursday, February 2, 2012

Latihan 3- ISI RUANG KOSONG

Arahan

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pemburu itu cuba......... kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada buluh.
A.menangkap
B.menangkapi
C.memerangkap
D.memperangkapkan

2. Kebolehannya dalam permainan badminton ....................... apabila dia menjuarai acara perseorangan di peringkat daerah.
A.terserlah
B.tampak
C.kelihatan
D.bermula

3. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ...................... bertugas di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
A.dia
B.ia
C.baginda
D.beliau

4. Bangunan baru yang dibina itu tidaklah ....................... Menara Kuala Lumpur yang merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
A.secantik
B.seperti
C.setinggi
D.sebesar

5. Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ....................... tanda menyerah kalah setelah tempat persembunyian mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.
A.tangan ke atas
B.senjata berat
C.bendera putih
D.harga diri





Latihan 2- TATABAHASA

Arahan

Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan yang berikut

1. Perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan_______salah seorang daripada saksinya tidak hadir.

A.walaupun B.atau C.kerana D.serta

2. Elleena terkejut______namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu.

A.kerana B.sebab C.apabila D.jika

3. Bidang kewartawanan di negara ini telah______oleh Abdul Rahim Kajai.

A.mempelopori B.mempeloporkan C.pelopor D.dipelopori

4. Mangsa bot karam itu dijumpai_______di tepi pantai Mersing.

A.mendampar B.terdampar C.didamparkan D.mendamparkan

5. Ghani______jalanya ke permukaan kolam itu untuk menangkap ikan sepat.

A.membentangkan B.membukakan C.menebarkan D.menyibarkan

6. Pemandu bas itu_______oleh polis kerana membawa penumpang yang berlebihan.

A.ditangkap B.disaman C.ditahan D.dituduh

7. Sementara menunggu pancingnya dimakan ikan,Azwan duduk di bawah______buluh sambil membaca buku cerita.

A.sebatang B.seruas C.sepokok D.serumpun

8. Pak Mail menjual______tanah untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.

A.sekeping B.sebidang C.sehelai D.sebaris

9. Pemburu itu melepaskan dua______tembakan ke arah rusa itu.

A.butir B.das C.pucuk D.laras

10. "Kami memerlukan_______kamu dalam hal ini," kata penghulu kepada Mamat.

A.buah mulut B.buah tangan C.buah fikiran D.buah hati

11. Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik menyebabkan Fatimah menjadi_______.

A.sakit mata B.rambang mata C.mata angin D.mata air

12. Ayahnya masih______sampai ke rumah walaupun hari telah larut malam.

A.akan B.belum C.sudah D.telah

13. Sebelum menetap di kampung itu,Pak Uda______tinggal di Jawa selama 10 tahun.

A.mesti B.akan C.belum D.pernah

14. Suasana di kampung itu menjadi______apabila ramai pemuda-pemudi berhijrah ke bandar.

A.hiruk-pukuk B.huru-hara C.riuh-rendah D.sunyi-sepi

15. Sampah sarap dan______di sekeliling masjid itu telah dibersihkan oleh penduduk kampung.

A.semak-samun B.tanah-tanih C.bukit-bukau D.hutan rimba

16. Budak-budak nakal itu lari______apabila dikejar oleh anjing Pak Cik Ng.

A.huyung-hayang B.rebah-rempah C.kelam-kabut D.lintang-pukang

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

17. A."janganlah awak asyik termenung sahaja!"Kata Zetty kepada Akmar?

B. janganlah awak asyik termenung sahaja,kata Zetty kepada Akmar.

C."Janganlah awak asyik termenung sahaja,"kata Zetty kepada Akmar.

D."Janganlah awak astik termenung sahaja,"Kata zetty kepada akmar.

18. A.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di Luar Negeri?

B.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di luar negeri.

C.Pengarah,dan pengurus syarikat itu,ada urusan penting di luar negeri!

D.Pengarah dan Pengurus syarikat itu ada urusan penting,di luar negeri.

19. A."Apa khabar mak cik?"tanya Nina kepada Mak Cik Sarah.

B. Apa khabar mak cik. Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah.

C."Apa khabar Mak Cik?"Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah?.

D."Apa khabar mak cik."tanya Nina kepada Mak Cik Sarah!

Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

20. Mereka pergi ke bandar untuk membeli buku latihan.

A.Bilakah mereka pergi ke bandar?

B.Siapakah yang pergi ke bandar?

C.Ke bandar manakah mereka pergi?

D.Apakah tujuan mereka pergi ke bandar?

Latihan 1- BACAAN DAN KEFAHAMAN

Arahan

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat-cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
A. menakutkan
B. menggemparkan
C. menghairankan
D. menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
A. Denda sehingga RM3 000
B. Dikenakan hukuman penjara.
C. Dihukum penjara dan denda RM3 000
D. Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh
A. kerana hukumannya sangat berat.
B. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D. kita boleh dihukum penjara.